Ingkar nikmat Allah
rampok-merampok. Maka mengapa (sesudah nyata kebenaran) mereka masih percaya kepada yang bathil dan ingkar kepada nikmat Allah? QS Al Ankabut 67 2. Keselamatan وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ أَنْجَاكُمْ مِنْ ءَالِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ وَفِي ذَلِكُمْ بَلَاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia menyelamatkan kamu dari (Fir`aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang besar dari Tuhanmu".QS Ibrahim 6 3. Nikmat berarti kenyamanan dalam hidup. وَلَئِنْ أَذَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنَّا رَحْمَةً ثُمَّ نَزَعْنَاهَا مِنْهُ إِنَّهُ لَيَئُوسٌ كَفُورٌ Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. QS Hud 9 Dengan demikian, nikmat adalah bagian dari rahmat Allah kepada manusia. 4. Dapat mengerjakan solat atau ibadah 358 Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Aku dan beberapa orang sahabatku yang datang serombongan denganku turun di perlembahan Buthan, manakala Rasulullah s.a.w berada di Madinah. Beberapa orang Sahabat menggantikan tempat Rasulullah s.a.w ketika sembahyang Isyak pada setiap malam. Abu Musa berkata: Kebetulan aku dan beberapa orang sahabatku mendapati Rasulullah s.a.w disibukkan oleh urusannya. Jadi baginda terpaksa menangguhkan sembahyang sehingga ke separuh malam. Kemudian Rasulullah s.a.w keluar dan baginda sembahyang bersama mereka. Setelah selesai sembahyang, baginda bersabda kepada orang-orang yang hadir di hadapan baginda: Bertenanglah kamu, Aku akan memberitahu kamu suatu berita gembira iaitu di antara nikmat Allah yang diberikan kepada kamu. Sesungguhnya tiada seorang manusia pun yang melakukan sembahyang pada waktu sebegini selain daripada kamu semua. Mungkun juga baginda bersabda: Tiada seorang pun yang bersembahyang pada waktu begini selain dari kamu. Kami tidak pasti yang mana satu dari dua ayat tersebut yang telah disabdakan oleh Rasulullah. Abu Musa berkata: Kami semua pulang dengan perasaan gembira selepas mendengar apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. HR. Bukhari Muslim 5. Kesenangan dunia قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ Katakanlah:"Siapakah yang mengharam kan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.QS Al A`raf 32 1709 Diriwayatkan daripada Umar bin Auf r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah mengutuskan Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke Bahrain. Dia pergi ke Bahrain untuk mengambil jizyah ahli Bahrain kerana Rasulullah s.a.w telah membuat perjanjian dengan penduduk Bahrain. Rasulullah s.a.w telah memerintahkan al-Ala' bin al-Hadhrami untuk mengutip Jizyah dari penduduk Bahrain. (Selepas itu) Abu Ubaidah pulang dari Bahrain dengan harta Jizyah. Orang-orang Ansar telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah maka mereka (orang-orang Ansar) datang bersembahyang Subuh bersama Rasulullah s.a.w. Selesai sembahyang, Rasulullah s.a.w berpaling menghadap rombongan. Mereka menyerahkan wang kutipan jizyah kepada Baginda. Rasulullah s.a.w senyum ketika melihat ahli rombongan tersebut, kemudian Baginda bersabda: Aku kira kamu semua (Orang Ansar) telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah dari Bahrain membawa sesuatu. Mereka menjawab: Memang benar wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Maka beritahulah khabar gembira ini dan bercita-citalah apa yang mengembirakan kamu (dengan uang ini). Demi Allah. Aku tidak takut kefakiran menimpa kamu semua akan tetapi aku amat takut apabila dunia dihampar di hadapan kamu (diberikan kemudahan memiliki nikmat dunia) sebagaimana yang telah diberikan kepada mereka sebelum kamu lalu kamu berlumba-lumba untuk memilikinya sebagaimana mereka. Dunia itu akan menghancurkan kamu sebagaimana ia menghancurkan mereka. HR. Bukhari Muslim Adapun orang yang mengingkari nikmat itu adalah seperti firman allah : يَعْرِفُونَ نِعْمَةَ اللَّهِ ثُمَّ يُنْكِرُونَهَا وَأَكْثَرُهُمُ الْكَافِرُونَ Mereka mengetahui ni`mat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir. QS An Nahal 83 Dalam menafsiri ayat di atas Mujahid mengatakan bahwa maksudnya adalah kata-kata seseroang : “Ini adalah harta kekayaan yang aku warisi dari nenek moyangku.” Aun bin Abdullah mengatakan : “Yakni kata mereka ‘kalau bukan karena fulan, tentu tidak akan menjadi begini’.” Ibnu Qutaibah berkata, menafsiri ayat di atas : “mereka mengatakan : ini adalah sebab syafa’at sembahan sembahan kami”. Abul Abbas setelah mengupas hadits yang diriwayatkan oleh Zaid bin Kholid yang didalamnya terdapat sabda Nabi : “sesungguhnya Allah berfirman : “pagi ini sebagian hambaku ada yang beriman kepadaku dan ada yang kifir …, “Hal ini banyak terdapat dalam Al qur’an maupun As sunnah, Allah swt mencela orang yang menyekutukanNya dengan menisbatkan ni’mat yang telah diberikan kepada selainNya”. Berdasarkan pendapat di atas, pengingkaran akan nikmat allah dapat terjadi pada keadaan yang bersifat sengaja dan ada pula yang tidak sengaja dalam ucapan. Bagian terakhir ini misalnya mengaku mendapat sendiri, kebetulan, karena kecerdasan sendiri, karena kelebihan diri, kenyamanan sendiri, hasil jerih sendiri. Demikian juga tidak mau berzakat, bersadaqoh.dst adalah bentuk pengingkaran akan nikmat Allah. 536 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah mengutus Umar r.a untuk memungut zakat. Nabi diberitahu bahawa: Ibnu Jamil, Khalid bin al-Walid dan al-Abbas bapa saudara Nabi s.a.w enggan mengeluarkan zakat. Mendengar peristiwa itu Rasulullah s.a.w bersabda: Penolakan Ibnu Jamil tidak lain hanyalah megingkari terhadap nikmat. Dulu dia melarat, lalu Allah menjadikannya kaya. Adapun Khalid, maka kamulah yang bertindak secara kasar terhadapnya. Dia telah menyimpan baju besi dan peralatan perangnya demi perjuangan di jalan Allah. (Para pemungut zakat meminta kepada Khalid agar mengeluarkan zakat dari peralatan perangnya kerana mereka menyangka, peralatan itu barang dagangan yang harus dikeluarkan zakatnya). Khalid berkata: Aku tidak wajib mengeluarkan zakat kepada kamu. Itulah sebabnya mereka melaporkan kepada Rasulullah s.a.w bahawa dia enggan mengeluarkan zakat. Sedangkan al-Abbas, maka zakatnya adalah menjadi tanggungjawabku untuk menyelesaikannya, begitu juga zakat seumpamanya. Kemudian baginda bersabda: Wahai Umar! Tidakkah engkau merasa bahawa seorang bapa saudara itu sama seperti ayahnya? wallahu a`lam



















